Friday, March 25, 2011

Dah nak exam.

Bulan Mac hampir tiba ke penghujung, telah banyak acara yang berlangsung di Anjung Semarak sejak pembukaannya.
Sepanjang operasi, lebih 15 orang pekerja telah diambil untuk bekerja di Anjung Semarak. Kebanyakan pekerja yang diambil adalah pelajar USM. Tujuan pihak kami membuka peluang kepada pelajar USM sendiri adalah untuk memberi mereka pengalaman bekerja di samping membantu para pelajar ini mendapat pendapatan sendiri.
Bulan April nanti mereka akan menghadapi peperiksaan akhir semester. Saban bulan, pekerja yang ada di Anjung Semarak bersilih ganti. Namun, kenangan dan ikatan persahabatan yang terjalin sesama mereka pasti tidak akan terlerai walaupun setelah tidak bekerja di Anjung Semarak lagi.

Senyuuuuuuum semua :)))))  Dalam gambar, Jidi, Umi, Dila, Syahid, Fara dan Naim.



Dekat tangga pun nak posing jugak :)) Amir dengan handsome pakai baju putih chef. Depan Amir Mai, Ju ukur jengkal di muka hehe, sebelah Ju, adalah Umi. Dua-dua ni adik lagi, baru lepas SPM, tapi sangat rajin. Dan Shahrul sedang menongkat mukanya yang berat. :))))

Ini tiga dara pingitan yang pernah bekerja di Anjung Semarak :)

Shahrul tengok kt mana tu? Peace kt sini laaa...

Fahmi senyum je...

 
Dari kiri si comel molek tu Syikin, Mai, Umi dan Ju di tengah-tengah.

Pihak Anjung Semarak sangat berbesar hati mempunyai mereka yang sangat berkomitmen semasa bekerja di Anjung Semarak. Melayan karenah pelanggan, menghadapi masalah-masalah yang tidak terjangka seperti lif makanan rosak semuanya menguji kesabaran para pekerja ini.
Walaupun penat, namun perasaan gembira mereka sentiasa terpancar di wajah-wajah ceria mereka.
Semoga mereka sentiasa berjaya dalam apa jua perkara yang diceburi selepas ini.






Pendeklamasian Puisi 72 Jam Tanpa Henti

Pada tarikh 18 Mac 2011, Universiti Sains Malaysia telah melakarkan satu sejarah dengan penghasilan acara Pendeklamasian Puisi 72 Jam Tanpa Henti. Acara ini merupakan satu acara bagi memecah Malaysia Book of Record. Bertemakan Puisi Warisan Nusantara: Sahabat Selamanya, perasmian telah diadakan di kafe kami iaitu Anjung Semarak dengan kehadiran Naib Canselor Professor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abd Razak sebagai perasmi. Anjung Semarak turut berbesar hati kerana dapat merakamkan sejarah ini di kafe kami.









Acara dirasmikan oleh Naib Canselor dengan paluan gong.


Prof Dato Dzulkifli Abd Razak memulakan bacaan puisi yang pertama.

Dr Reevani Bustami, Penggawa Fajar Harapan dengan penuh bersemangat mendeklamasikan puisi beliau.

Pengarah Projek, Cik Fadilah turut mempersembahkan puisi beliau.
Wajah riang pekerja Anjung Semarak semasa bertugas.