Sepanjang operasi, lebih 15 orang pekerja telah diambil untuk bekerja di Anjung Semarak. Kebanyakan pekerja yang diambil adalah pelajar USM. Tujuan pihak kami membuka peluang kepada pelajar USM sendiri adalah untuk memberi mereka pengalaman bekerja di samping membantu para pelajar ini mendapat pendapatan sendiri.
Bulan April nanti mereka akan menghadapi peperiksaan akhir semester. Saban bulan, pekerja yang ada di Anjung Semarak bersilih ganti. Namun, kenangan dan ikatan persahabatan yang terjalin sesama mereka pasti tidak akan terlerai walaupun setelah tidak bekerja di Anjung Semarak lagi.
![]() | |||
| Senyuuuuuuum semua :))))) Dalam gambar, Jidi, Umi, Dila, Syahid, Fara dan Naim. |
![]() |
| Ini tiga dara pingitan yang pernah bekerja di Anjung Semarak :) |
![]() |
| Shahrul tengok kt mana tu? Peace kt sini laaa... |
![]() |
| Fahmi senyum je... |
| ||
| Dari kiri si comel molek tu Syikin, Mai, Umi dan Ju di tengah-tengah. |
Pihak Anjung Semarak sangat berbesar hati mempunyai mereka yang sangat berkomitmen semasa bekerja di Anjung Semarak. Melayan karenah pelanggan, menghadapi masalah-masalah yang tidak terjangka seperti lif makanan rosak semuanya menguji kesabaran para pekerja ini.
Walaupun penat, namun perasaan gembira mereka sentiasa terpancar di wajah-wajah ceria mereka.
Semoga mereka sentiasa berjaya dalam apa jua perkara yang diceburi selepas ini.





No comments:
Post a Comment